Isnin, 3 September 2012

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI...... Lama x jenguk kat blog ni..hahaha maaf lah yew blog aq x berapa nak ada mood untuk menulis sejak dua menjak ni... banyak sangat perkara yang aq dok fikirkan sejak dua menjak ni, kepala pow dok serabut jew dengan apa yang berlaku disini. Rasa semak jew dah semakin teruk rasa nya.... kebajikan aq dan rakan2 diabaikan, dah rasa macam anak tiri dah.. sebab tu rasa macam semak jew kepala ni....

   sedar x sedar dah sebulan lebih aq kat bumi ambiya ni.. cepatnya masa berlalu... suasana kerja kat sini dah boleh diterima walaupow kekadang menyakitkan hati dan rasa tidak ada keadilan nya.... namum ku redha.... terima seadanya, ingat balik apa tujuan aq datang ke sini, iaitu untuk mencari pengalaman baru dan bukan nya untuk mencari masalah.

pentadbiran dah bercelaru banyak sangat arahan nya... itu x boleh... ini x boleh... apa yang boleh aq pow x tahu.... layan jew lah selagi boleh ikot aq ikot kalu rasa2 malas nak ikot buat2 bodoh jew lah.. mana ada orang perfect kan boleh ikot semua arahan....

kerja kat oversea nak buat macam kat malaysia..... mana boleh... macam x tau lak yang kat sini semuanya berkurangan... orang datang sini nak kerja dengan gembira bukan nya nak makan hati.... mmg x tahu jaga perasaan orang langsung lah depa ni, tahu nak push jew.... mmg sengal....

depa bukan nya nak ambik tahu apa perasaan orang kat sini... sedih kew... gembira kew ada masalah kew x... yang depa tahu kerja...kerja..kerja.... orang penat bekerja bukan nya nak ambik tahu... kalu cakap pow macam mencurah air di daun keladi... berlalu macam tu jew... penyelesaian nya xdew jugak.... meeting selang sehari tp hampeh.... hanya cakap kosong.... entah lah x tau nak cakap apa lagi...... sabar jew lah cuma setahun nak bekerja dengan depa semua ni....

Selasa, 7 Ogos 2012

KEKECEWAAN TIMBALAN KOMANDAR...

hari ini aq off lagi kalu nak diikutkan nya, tetapi ada perjumpaan dengan timbalan komandan, Pada awalnya aq pow tak tahu apakah sebabnya, macam2 bermain dalam benak ku... manalah tau kot2 ada yang tak kena.. pasrah jew lah.

apabila timbalan komandan datang dan meluahkan rasa kekecewaan beliau terhadap anggota2 bawahan beliau kerana liat untuk ke surau.. katanya beliau berasa begitu kecewa dengan sikap anggota2 bawahannya.. beliau sebagai pemimpin rasa terpanggil untuk memaklumkan akan peranan dan tanggungjawab beliau sebagai pemimpin yang boleh dikatakan gagal dalam membentuk salasiah anak2 buah dibawah pimpinannya. beliau takot akan disoal apabila beliau mati kelak...

pada aq betul jugak apa yang dikatakan oleh beliau... aq sendiri pow sedar yang aq begitu liat untuk menjejakkan kaki ke surau... aq pow x tahu apa puncanya.. nak dikatakan sibuk dengan tugas tidak jugak.. entah lah... aq kena banyak musabahah diri lagi kenapa aq jadi begitu liat untuk ke surau... subahanallah....


Isnin, 6 Ogos 2012

MY BIRTHDAY AT LUBNAN...

Hari ini merupakan ulang tahun aq yang ke-30.. syukur alhamdulillah diatas rahmatnya memberi aq kesempatan hidup sehingga ke hari ini...

tahun ini juga merupakan tahun pertama aq sambut ulang tahun jauh dari tanah air iaitu di bumi ambiya... memang syahdu rasanya apabila menyambutnya tanpa insan2 tersayang di sisi, tanpa ada acara memotong kek yang sertai oleh anak dan isteri.. namum aq gagahi jua, apa nak buat ianya dah memang kehendak aq untuk datang ke misi ini. aq terima seadanya walaupow dalam hati rasa sedih dan kesunyian.

malam  sebelum ulang tahun aq diadakan majlis yg agak meriah meraikan tetamu yang sama2 berkhidmat di bumi ambiya ini  dan aq menganggapnya sebagai malam meraikan birthday aq hahahha perasannya aq... tidak mengapalah asalkan aq bahagia, itu sudah memadai bagi diri aq.

selepas majlis aq balik awal ke kabin kerana malas nak buat kerja2 pembersihan lagi pow jam 2 pagi aq kn masuk shif jadi aq ambil kesempatan untuk merehatkan mata kejap sebelum memulakan shif.

selamat hari lahir hujan panas.


Ahad, 5 Ogos 2012

PERSIAPAN MAJLIS BERBUKA PUASA....


Hari ahad.. sepatutnya hari cuti buat semua org untuk bersantai bersama keluarga paling tidak pon membuat pentadbiran sendiri... TAPI tidak di kawasan MISI tidak kira hari apa semuanya sama jew... digasak seperti biasa.. walaupow dalam hati memberontak gilew kerja tetap kena kerja walaupow sekali sekala curi2 tulang...hhahahaa..


hari ni kami di kawasan misi kena buat persiapan berbuka puasa bersama2 dgn wakil2 dari kem2 lain yang berkhidmat dibawah Payung PBBB di bumi Ambiya ini.... membuat persiapan tu senang jew.. tapi yang menbuat jadi serabutnya ialah kerenah pihak atasan,, macam2 arahan nya.. itu lah ini lah macam tu lah macam ini lah macam2 lah... yang aq pelik nya ialah padahal semuanya tu mereka dah bincangkan dalam mesyuarat dan dah dilantik perancang majlisnya tapi kenapa jadi macam tu jugak.


yang menjadi mangsanya kami lah orang2 bawahan nya.... serba tak kena jadinya.. nak buat macam tu tak kena macam ni pow tak kena... so kami tunggu dan lihat jew.... kalu disuruh baru kami buat, kalu tidak tengok jew lah.....


buat punya buat tak perasan orang2 dah mula berkurangan... masing2 menghilangkan diri.. biadap tol lah depa ni kerja belum siap dah cabut...hahahha.. aq pow mula lah mencari jalan untuk menghilangkan diri... mana larat macam ni dah lah tgh puasa ni.. matahari dok baik terpacak atas kepala... sebelum keimanan tercabar lebih baik menghilangkan diri dahulu...

line clear... cabutttttttttt.......

Sabtu, 4 Ogos 2012

mengapai cita-citaku...

memang sejak dari mula berkerja lagi aq bercita2 untuk menjejakkan kaki ke luar negara.... akhirnya setelah 12 tahun bekerja cita2 itu tercapai jua akhirnya... syukur alhamdulillah..

tetapi untuk mengapai cita2 itu memerlukan banyak pengorbanan... pengorbanan yang paling besar perlu aq lalui adalah terpaksa meninggalkan keluarga tersayang, untuk jangkamasa yang lama... apa boleh buat kan setiap sesuatu perkara yang dilakukan mesti memerlukan pengorbanan walaupon pada hakikatnya ianya perit.....

hari pertama berada di bumi ambiya amat memeritkan, cuacanya yang terlampau panas membuatkan aq kurang selesa pada awalnya... namun itu semua adalah dugaan dalam memenuhi tuntutan kerja... cuaca yang panas juga menyebabkan hidung aq berdarah..ah dugaan semuanya tu... biasalah kan untuk sesuaikan diri macam2 lah  terjadi...

itu semua tidak akan mematahkan semangat aq untuk terus berkhidmat di bumi ambiya ini untuk negara dan keluarga aq di tanahair...