Sabtu, 4 Ogos 2012

mengapai cita-citaku...

memang sejak dari mula berkerja lagi aq bercita2 untuk menjejakkan kaki ke luar negara.... akhirnya setelah 12 tahun bekerja cita2 itu tercapai jua akhirnya... syukur alhamdulillah..

tetapi untuk mengapai cita2 itu memerlukan banyak pengorbanan... pengorbanan yang paling besar perlu aq lalui adalah terpaksa meninggalkan keluarga tersayang, untuk jangkamasa yang lama... apa boleh buat kan setiap sesuatu perkara yang dilakukan mesti memerlukan pengorbanan walaupon pada hakikatnya ianya perit.....

hari pertama berada di bumi ambiya amat memeritkan, cuacanya yang terlampau panas membuatkan aq kurang selesa pada awalnya... namun itu semua adalah dugaan dalam memenuhi tuntutan kerja... cuaca yang panas juga menyebabkan hidung aq berdarah..ah dugaan semuanya tu... biasalah kan untuk sesuaikan diri macam2 lah  terjadi...

itu semua tidak akan mematahkan semangat aq untuk terus berkhidmat di bumi ambiya ini untuk negara dan keluarga aq di tanahair...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan