Isnin, 6 Ogos 2012

MY BIRTHDAY AT LUBNAN...

Hari ini merupakan ulang tahun aq yang ke-30.. syukur alhamdulillah diatas rahmatnya memberi aq kesempatan hidup sehingga ke hari ini...

tahun ini juga merupakan tahun pertama aq sambut ulang tahun jauh dari tanah air iaitu di bumi ambiya... memang syahdu rasanya apabila menyambutnya tanpa insan2 tersayang di sisi, tanpa ada acara memotong kek yang sertai oleh anak dan isteri.. namum aq gagahi jua, apa nak buat ianya dah memang kehendak aq untuk datang ke misi ini. aq terima seadanya walaupow dalam hati rasa sedih dan kesunyian.

malam  sebelum ulang tahun aq diadakan majlis yg agak meriah meraikan tetamu yang sama2 berkhidmat di bumi ambiya ini  dan aq menganggapnya sebagai malam meraikan birthday aq hahahha perasannya aq... tidak mengapalah asalkan aq bahagia, itu sudah memadai bagi diri aq.

selepas majlis aq balik awal ke kabin kerana malas nak buat kerja2 pembersihan lagi pow jam 2 pagi aq kn masuk shif jadi aq ambil kesempatan untuk merehatkan mata kejap sebelum memulakan shif.

selamat hari lahir hujan panas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan